juju ∞ ‏
Biggest question mark.

08 December 2013 @ 2:36 PM | 0 Comment [s]

"sesungguhnya kasih sayangku tiada batas
namun secepatnya engkau harus ku lepas
selagi engkau berdiri dan kau bernafas
lekaslah pergi agar engkau pun terbebas
sesungguhnya engkaulah makhluk yang ku sayang
tetapi cinta kita ini cinta terlarang
ku harapkan agar engkau cepat menghilang
dan jangan lagi kau datang"
I just love you way too much.. 4 beautiful months you gave me was so precious b. Pls keep holding on for me, & for us x

Truly, Amiee

Doaku untukmu sayang ;)

06 December 2013 @ 10:43 AM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum!

Hai kamu! Still remember this song? This lovely song.. Walaupun die main2 je masa nyanyi lagu ni kan, but the lyrics touched me :'D

Kau mau apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti
Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Losing you is like losing half of me.. Please, stay with me forever?
Truly, Amiee

Masih hidup?

@ 1:03 AM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum.

Semakin aku meniti hari mendatang, keluhan demi keluhan dilepaskan. Tindakan spontan apabila tiada kata kata dapat mentafsirkan perasaan. Hati yang sudah bagaikan tidak bernyawa. Tidak hidup. Tiada maknanya lagi.

Kenapa sayang? Aku perlukan kau untuk mengerti perasaan aku sedangkan kau tiada bila aku cuba memuntahkan segala perasaan yang bercampur baur ini. Ahh! Memang aku ditakdirkan untuk memendam perasaan sendiri sampai jadi jeruk!

Kau tiada bila aku sangat perlukan kau sayang.

Aku cuba untuk memahami kau. Kau kejar cita cita kau walaupun tanpa sedar, aku semakin jauh ditinggalkan. Aku sedar akan hakikat itu tapi kau?

Aku tak betah begini sayang. Maafkan aku. Aku tidak pernah memahami kehendak kau. Aku sedar, bukan aku yang sepatutnya menjadi keutamaan kau sekarang. Kau menagih perhatian dan sokongan aku tetapi aku mencampakkan amarah dan memberontak setiap kali kau cuba memujuk hati ini. Maaf, sayang. Aku juga memerlukan perhatian kau sebagaimana kau memerlukan perhatian aku. 

Semoga kau berjaya dalam mengejar cita cita kau. Doa aku sentiasa berada di sisi kau walaupun mustahil bagi aku untuk melihat kau lagi di hadapan aku sendiri. Terpisah untuk jangka masa yang kita sendiri tidak tahu sampai bila.

"Dan yang lebih perit lagi, mustahil untuk kau ada di sisi pada hari ulang tahun kelahiranku nanti"

Kau yang telah kembali menghidupkan hati aku apabila aku merasakan hidup aku sudah tiada guna. Dikelilingi masalah. Hampir hampir aku ingin meninggalkan hidup ini dan ikut saja abang yang terlebih dahulu pergi. Kini aku takut untuk mati. Meninggalkan kau yang terang terangan memerlukan aku. Tidak sampai hati melihat kesayanganku yang seorang ini berduka cita di atas perbuatan bodoh aku sendiri. Tetapi perhatian kau telah dibawa pergi oleh cita cita kau. Membuatkan aku kembali berasa tidak bernyawa lagi.

Biarlah perit yang aku tanggung seorang ini berbaloi dengan kejayaan yang bakal kau bawa pulang kelak. Insya Allah.

Maafkan aku diatas keterlanjuran kata kata aku. Tidak wajar aku meratapi sesuatu yang jauh dari hakikat sebenarnya. Ya, kau masih di sini. Mencuri waktu untuk berhubung dan mengambil hati aku walaupun kadangkala aku yang terlalu bersangka buruk. Terima kasih sayang atas kesabaran kau. 

Aku sentiasa di belakang kau. Menantikan kejayaan dan hidup "kita" semula. Semoga berjaya, sayang.

Sayang selamanya! :"""""""""""""""""""

Truly, Amiee

Screw.

15 October 2013 @ 9:40 PM | 0 Comment [s]



Assalamualaikum!

Hey peeps..

Well, i have went through a few tough weeks *as for me* I don't know.. Like seriously, my head gonna blow. I had to sit for SPM just for another few weeks left and i'm still playing around. What the hell is happening to me? What am i even thinking? UGH

Sekarang, aku still 50-50. Pening. Confused. Sangat confused. I try to face everything and move on but out of the blue, you came back when i met him. Why? Why now?

Sorry to say but you are too late.

Aku tak boleh. Tak boleh terima kau lagi. Mungkin bagi kau, silap kau tak sebesar mana.

Tapi hati aku.

Hati aku dah cukup remuk.

Tawar hati, barangkali.

Tolong, lupakan tentang kita. Tolong terima hakikat. Cukup sekadar kawan. Tak mungkin akan ada perasaan lebih dari itu. Maafkan aku.

Dan tolong, jangan salahkan dia. Bukan sebab dia yang buat aku menolak kau. Tanpa dia sekalipun, aku tetap tidak akan menerima kau kembali. Tapi jika kau mahu aku berlaku jujur, ya. Memang dia selalu dalam hati. Ya, memang benar telahan kau. Jangan salahkan dia. Dia tidak pernah sesekali merampas aku dari kau kerana ketika itu, aku bukan milik kau lagi. Malah dia yang telah mengutip cebisan hati aku yang telah kau hancurkan dulu. Dia yang bersusah payah mencantumkannya kembali ketika kau masih berdiri megah dengan sikap egois kau.

Tiada gunanya lagi jika kau masih hidup dalam kisah silam kita. Tiada lagi "kita". Hanya ada kau, dan aku. Terima kasih kerana akhirnya kau sanggup memberi ruang buat aku dan dia. Aku tahu itu sangat menyakitkan. Tetapi itulah kenyataan. Kenyataan bahawa aku telah memilih dia.

Aku tahu dia punya kisah silam yang buruk andai aku expect sebuah hubungan yang lebih serious. Kau salah. Aku tidak mahukan apa apa hubungan. Cukup sebagai kawan. Aku lebih bahagia begini. Aku lebih selesa sendiri. Masih selesa tidak menjadi kepunyaan sesiapa. Dan buat yang telah salah faham, benar, aku dan dia hanyalah kawan.

Jika tindakan aku memilih dia yang baru 2 bulan aku kenal daripada memilih kau yang telah 2 tahun aku kenal itu tidak menyenangkan kau, maafkan aku. Aku harap kau boleh menghormati keputusan aku dengan tidak meracuni fikiran aku bahawa pilihan aku adalah salah. Kerana aku tahu apa yang aku mahu.

Berkali kali aku pujuk hati aku untuk menelan segala perbuatan kau selama setahun enam bulan yang lalu. Sekarang, hati aku buat kau ibarat hempedu. Kelat, tiada manisnya. Jika benar pilihan aku terbukti salah, at least biarlah terbukti dia salah. People can change, right? So was you.. But you turn out to change negatively. And that hurts me for ages.

Buat kamu pula, ya awak tu, kesayangan saya :)

Maaf kerana aku masih belum menerima kau. Aku harap kau faham. Tak payah couple pun boleh happy je macam sekarang kan? Belajar rajin rajin. Dah la tidur dalam kelas tu. SPM tak lama lagi. Boleh kira dengan jari dah. Jaga diri sebab awak tu kesayangan saya n_n

Aishiteru ke, saranghae? Hehe :B

Terima kasih sayang. 

Truly, Amiee

Sekolah oh sekolah.

28 September 2013 @ 10:55 AM | 0 Comment [s]


Assalamualaikum! 

Fuu berzaman lamanya tak update blog. Trial punye pasal. Forum pun dah tak tau ape cite. Pakai tinggal camtu je. 

So, aku pun malas nak cakap banyak. This is how my trial goes by..


Tak macam yang disangka tapi still bersyukur. Huuu. 

So im gonna get myself ready. Im off to a camp for 4 days. Haih. Resah gelisah meninggalkan semua :| 

Jaga diri sayang. Selalu ada dalam hati  <3 p="">

Gonna set my blog to private soon. Bahaye bahaye! >_<

Truly, Amiee

lahv lahv lahv

17 August 2013 @ 9:00 PM | 0 Comment [s]


Assalamualaikum!

Oh God esok dah sekolah, gile tak sabar hehe cuti dua minggu buat aku mati kutu kat rumah. Sumpah rindu nak duduk belajar dalam kelas. And yea, by next week aku dah nak start balik stay back kat sekolah. Ekceli nak cover balik tak study dua minggu. Sumpah malas doww tak belajar langsung. Well ade sikit tapi sikit la. Sikit gile. Belek2 pastu tutup buku. Takde nafsu nak tengok buku.

Last two days we had a very looooooooooooooooong conversation. Die asyik gelak jeeeeeee hahaha dah ah comel :p Malu gile kut bile die dapat tau kucing aku tu name die. Uh i really hope he will never know that i had a crush on him. Seriously embarassing ok =.= Yknow what, i love talking to you. we were jst talking craps but its was really fun and meaningful to me. Hihi

Aku lebih selesa camni. No relationship but protecting each other. Like seriously aku tak rasa ni masa yang sesuai untuk ade ape2 relationship. Tak couple pun boleh hajerr kawin kan xD Biarlah aku nak belajar dulu, nak bagi mak bapak aku hidup senang, merasa gaji aku. Pastu baru pikir kawin. Sekarang, kite kawan dulu ok judin :B

Thank you for always be there and cheer me up when i feel low. Ingat perjanjian kite tau! Belajar elok2, keje sampai kaye pastu masuk minang orang cepat cepat ea ;p

AND IIIIII EE YAAA WILL OWEYS LEB YUUUUUUUUU xD

Pls keep all this wonderful feelings safe in yr hearts syg xx

Truly, Amiee

seek / sick

24 July 2013 @ 2:47 AM | 0 Comment [s]


Assalamualaikum.

Sebermulanya jemari runcing ini menari ligat di atas papan kekunci, lagu hanya kamu kedengaran sayup. Ambil mood kononnya. Ahh, lama aku tinggalkan dunia berblogging, dunia maya aku yang suatu masa dahulu membuatkan aku hanyut berjam jam, kadangkala sampai terlupa nak makan.

2:21 am. Ya, esok aku bersekolah. Jadi wakdehel aku masih menaip di sini? Entah. Aku gelisah. Memikirkan masa silam. Bodoh. Seakan akan aku mempersiakan segala pengalaman untuk mematangkan diri, memulihkan segala kesilapan. Masih terdetik sedikit rasa kecewa. Mengapa? Kerana segalanya berlaku begitu pantas. Tiba tiba, aku kehilangan segalanya. Berderai hati tak dapat digambar tetapi aku masih berdaya untuk menyembunyikan. Berharap keajaiban akan berlaku. Mimpi, mungkin? Bodoh, manakan wujud mimpi yang sebegini lama. 

Jauh di sudut hati aku masih tak merelakan. Layar fikiran kembali memaparkan segala kenangan selama 16 bulan. Serentak itu, dada menjadi sesak. Bukankah haritu aku bertekad untuk berdiri sendiri? Kenapa kebelakangan ini aku semakin sukar untuk menelannya? Aku keliru. Ada juga menyelinap sedikit rasa menyesal. Ah kalau dari mula aku menolak, aku tak akan terjebak dalam permainan tarik tali yang sebegini rumit!

Aku lihat hidupnya semakin baik. Sudah semestinya tanpa aku di sisi. Aku sedar, kehadiran aku tak mungkin lagi membawa apa apa perasaan yang menyenangkan. Aku tumpang gembira. Aku sedar, aku tak mampu membuat kau tersenyum seperti mereka lakukan. 

Kotak yang disimpan di bawah katil kembali diselongkar. Baju, album gambar, tiket wayang, segalanya. Aku belek satu persatu. Serentak itu, kotak minda memaparkan kembali setiap kejadian. 

Semua ini hanya sisa! Jika aku berdaya membakar kesemuanya, dah lama aku buat. Akan tetapi aku tak boleh.. Semuanya beerti. Mana mungkin aku bertemu dengan semua ini jika semuanya hangus dibakar.

Cuma aku masih keliru. Kenapa tiba tiba dia memberi kata putus. Aku sedar aku sudah tidak berdaya mempertahankan semuanya yang terlampau rapuh. Hanya tunggu masa. Aku akur, walau pada benak fikiran jauh sekali aku mahukannya sebegitu.

Juju, aku belajar membuka hati buat kau setelah sekian lama aku bersusah payah. Tetapi aku sedar, perasaan ini tidak akan kekal lama. Apa pun, kehadiran kau tidak dapat aku nafikan, sangat menyenangkan. Cuma aku masih belum mahukan apa apa yang serius. Aku belum bisa bangun. Bukankah lebih baik jika kita hanya berserah padaNya? Sekali lagi, terima kasih kerana berjaya membuang luka di hati buat sementara. Akhir sekali, kau comel lah juju. Lain kali jangan ponteng sekolah. Aku rindu nak tengok sengih kau :B

Dan buat kau, aku rindu kau jugak. Er

Trial dua minggu lagi. Ugh nak mati rasanya tidur pukul 3 hari hari T_____T

Truly, Amiee

..

23 July 2013 @ 9:33 PM | 0 Comment [s]

tak enak dan tidak osem bila kena buka hati untuk orang lain semata mata untuk lupakan dia.

hm

Truly, Amiee

Susuk menusuk jangan sampai tertusuk

30 June 2013 @ 11:51 AM | 0 Comment [s]


Assalamualaikum!

Setelah lama aku menghilangkan diri, akhirnya titibe hati ni tergerak bukak balik blog. Tinggalkan lama lama pun tak sedap jugak. Pasal blog ni dah berusia hampir 5 tahun, sayang pulak nak delete. 

Hari ni hari ahad, and yea aku tak sekolah. Dua hari diserang demam mengejut, probably because of the haze. Haiss sabar je lah. Apa2 pun, aku dah hampir recover and esok boleh sekolah. Mustahil la nak ponteng esok pasal ada kelas bio. Sehari tak masuk kelas bio, setahun aku nyesal -.-

Okay straight to the point. Memandangkan aku tengah pishang yang amat, aku mengambil keputusan untuk menjelajah board feberet aku kat forum. Ada satu thread yang menarik perhatian aku which is susuk. Then ade beberapa orang porumers yang tau pasal benda2 ni. Disebabkan aku malas, aku copy paste je la apa yang aku baca ~

...............

bebaru ni pi rumah makcik, anaknya kerja nurse. Nurse biasalah, memacam eksiden, x ray dia dah nampak. Plus kazen saya ni bahagian surgery and operation.

Citernya, satu hari ada patient lelaki, naik motor, prong preng prong preng, eksiden. Naik superbike la. Badan penuh luka, tapi muka sikit pun tak rosak. Yang kazen saya kagum sangat ialah, muka patient tu. Hensem benor, macam umur 25 tahun. Memang muka muda, walhal patient tu umur dah 50+. unmarried. Kazen saya kata kalau tak tengok IC, sumpah dia tak caya umur patient tu 50+. Muka macam 20an.

Lepas x ray dgn doktor cina, doktor tu nampak banyak jarum2 kat muka patient tu. Doktor tu tanya la kat doktor2 malay, depa kata, itu la susuk. Kazen saya lepas nampak dengan mata sendiri, barulah percaya, wujud lagi susuk di zaman 2013 ini 

..............

kwn saya adiknya pun kerja juru x-ray kat sebuah hospital kat kl ni. selalu sgt dah tgk susuk bila xray. Dr india ke cina ke dah tau pun. ada sekali tu mak datin accident dia pun xray Dr india tgk gambar xray geleng2 kepala..kat muka penuh..kat private part pun ada..

..............

pakcik aku masa dulu2 pernah pakai susuk kebal..dulu la.. now dah taubat.
susuk masuk kat tangan khas tuk tumbuk sure muka pecah..
memamg banyak kali gaduh.. mangsa mmg muka pecah kalau kena penumbuk.

tuhan nak tunjuk kuasa.. block 1  salur darah kat jantung terus masuk hospital..
masuk hospital.. doktor nak cucuk jarum tak tembus.. cuba2 banyak kali tak bole. pakcik aku cerita dktor india ckp "what is this man hahh.. the needle cannot enter the body"..
lepas tu nurse melayu slow talk suruh buang kalau ada pakai2 ape2..

amek air penawar sahaja dari perawat.. minum terus kuar susuk.. lepas tu baru boleh buat pembedahan..
pengajaran dari pakcik aku .. die kata. sekuat dan hebat mana kita gangster.. tuhan senang aje nak kasik kita rebah ... block 1 salur darah aje(dalam kes die)..

................

Saya ingin berkongsi dengan anda tentang pengalaman saya berjumpa pesakit yang memakai susuk. Mungkin artikel ini agak santai. Sesuai dengan fikiran saya yang serabut dua-tiga minggu ni kerana nak uruskan kuih raya.

Tuan-puan, kalau anda fikir susuk itu benda yang terlalu ajaib. Ia mungkin betul.

Tetapi pada pandangan seorang doktor marhaen seperti saya, ia tak ubah dari sejenis alat bendasing (foreign body) yang dimasukkan ke bawah kulit.

Niat seseorang yang memakai susuk itu, adalah urusan di antara dia dengan Allah. Yang pentingnya, ada yang ingin bertaubat dan datang untuk membuangnya.

Kisah pertama saya adalah ketika saya bertugas di Hospital Kuala Lumpur dahulu.

Ketika itu seorang lelaki yang sudah berumur datang berjumpa pakar di klinik saya bertugas. Apabila diambil x-ray, maka nampaklah susuk-susuk yang melekat-lekat di sekeliling tengkoraknya.

Beliau sebenarnya ingin menunaikan haji dan berharap pakar tersebut dapat membuang susuk tersebut. Beliau dengan nada sedih dan akhirnya menangis teresak-esak kerana terasa sangat -sangat menyesal dengan keadaan itu.

Beliau telah berjumpa dengan dukun-dukun susuk dan ustaz-ustaz pakar untuk cuba membuangnya, namun ia tetap di situ dan masih kelihatan di dalam x-ray. Dukun yang memasukkan susuk tersebut telah pun meninggal dunia.

Beliau sendiri berharap susuk itu dapat dibuang sebelum beliau meninggal dunia.

Dia dalam keadaan susuk yang banyak dan berselirat itu, mustahil pakar bedah dapat membuangnya. Lagipun x-ray muka adalah gambar 2 dimensi. Oleh itu kedalaman yang sebenar, susuk tersebut terbenam di dalam kulit tidak dapat diukur. Ini merumitkan walau hanya ingin membuang hanya satu susuk sahaja. Ia boleh mengambil masa berjam-jam..!

Di dalam keadaan pesakit tersebut yang menangis, pakar menasihati agar berdoa kepada Allah dan mohon Allah ampunkan dosa. InsyaAllah Allah akan menerima taubat hambanya yang sedar dan insaf.

Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada pakcik itu selepas berjumpa dengan pakar. Saya doakan beliau selamat pulang daripada haji. Lagipun ini cerita 3 tahun dulu.

Cerita kedua kisah seorang lelaki Indonesia yang datang dengan sakit perut. Daripada ceritanya kemungkinan besar beliau mengalami batu karang.

Apabila x-ray buah pinggang dan pundi kencing diambil untuk mengesahkan batu karang, kelihatan susuk yang berselirat di kawasan abdomennya.

Apabila ditanya kepada saudara mara, seorang pun tidak mengetahui. Akhirnya pesakit sendiri mengaku bahawa meliau memakai susuk. Rahsia yang disimpan bertahun-tahun terbongkar apabila diambil x-ray.

Apapun susuk bukan menjadi masalah utamanya sekarang kerana beliau sedang sakit kerana batu karang di pundi kencingnya. Saya ada mengambil gambar x-ray nya tetapi tidak dapat memuatkannya di dalam blog ini... maaf lah.

Susuk adalah manifestasi seseorang yang tiada keyakinan diri. Mereka mempercayai bahawa dengan bantuan kuasa ghaib yang diposesi oleh susuk itu, maka impian dan tujuan seseorang itu akan tercapai. Pedulikan segala jenis amalan khurafat dan syirik asalkan apa yang dihajatnya itu termakbul.

Seseorang yang mempunyai keyakinan bahawa Allah adalah tempat memohon perlindungan dan memohon hajat tidak akan memakai susuk.

Sekiranya anda berhasrat memakai susuk, maka fikirlah implikasi yang akan berlaku sekiranya anda sudah tua dan susuk tersebut dibawa bersama mayat anda ke liang lahad.
Wallahu Alam.


....................


nk share pengalaman aku la..dlm tahun 2009 aku kena posting kt hospital taiping jabatan kecemasan..
so ada la mat indon ni dtg dgn kpala berdarah kena kipas angin siling masa tgh kerja uat plaster siling..
so mmg truk gk la..tp dia xrasa sakit..so uat la X-ray kt frontal,temporal..tkejut siot tgk result X-ray dia tu..terang2 nmpak ada mcm jarum2 kt kawasan mandible,tulang ethmoid,maxila n sphenoid.
saja tya mat indon tu mmg dia pkai susuk or x..dia pn ngaku dia pkai susuk kt bhagaian kpala..dia ckp susuk ni utk pemanis.
tp aku tgk muka dia x manis pon..huhuhuh


......................


yang sebenarnya bukan semua orang nampak manis atau kacak berdentum macam hero2 filem.... ianya secara tidak langung jerr menarik perhatian orang untuk selesa memandang wajahnya, rasa tertarik, rasa mcm macho gitu....   

itu yang biasanya, ada kes, gile cinta mcm nak rak, sanggup bergadai nyawa menempuh onak duri kononnya nak bersama si jejaka yang dia nampak macho sangat tuhh.... walhal, mak bapak, kawan2 tgk lelaki tuhh biase jerr... nothing special pon... last2 lari ikut laki tuhh ke seberang.... contohnya laaa....

biasanya mereka2 yang tidak kuat rohani yang biasa terkena panahan cinta susuk nihh..... yang kuat rohani, biasanya boleh terpana jugak, cuma boleh bezakan antara macho/cantik sebenar, atau dibuat-buat....  saya biasa jumpa yang jenis biasanya wanita pakai susuk, rasa mcm nak pandang 2-3 kali, tapi kita boleh kenal dia pakai susuk atau tak.... 

cara saya nak bezakan, pada titik hidung, dagu, dan pipi, atau dahi..... dan kadangkala, sekali imbas sekali pandang, nampak macam muka mentadak/belalang... confirmn kalau saya nampak begitu, mesti confirm wanita/lelaki tuhh pakai susuk....
wallahualam...


......................

Macam macam ragam manusia zaman sekarang. Tak pernah puas dengan apa yang Allah bagi. Niwey, diharap
kite semua tak terlibat dengan benda syirik camni ^_^

Nota kaki: Aku benci main tarik tali macam ni!


Truly, Amiee

Sayang abang

29 June 2013 @ 5:48 PM | 0 Comment [s]

 "Uwekk..  Uwekkk..!"

 Abang  muntah  lagi.  Kerutan  pada  wajah  cengkung  abang  jelas  mempamerkan  keperitan.  Nasi  ayam  kegemaran  abang  yang  baru  dinikmati  dua jam  yang  lepas  sebagai  makanan  tengahari  terhambur  keluar  dari  anak tekaknya.  Aku  lebih  selesa  mengunci  mulut  dari  berkata  apa-apa.  Diam-diam  aku  menyembunyikan  wajah  menyapu  air  mata  yang  mengalir  sepantas  mungkin  dan  kembali  menatap  wajah  abang.  Aku  cuba  mengukir  senyuman  seikhlas  mungkin,  dengan  harapan  kesedihan  yang  terbuku  di  dalam  hati  tidak  terpancar  pada  wajah.  Ya  Allah,  aku  tak  sanggup  melihat  keadaan  abang  terus-terusan  begini..

"Dah ke bang?"  Aku  menyoal.

"Dah. Thanks  emi."  Abang  menjawab  lemah.

  Aku  cuma  membalas  dengan  senyuman.  Aku  menyambut  bekas  muntah  dari  tangan  abang  lalu  ke  bilik  air  yang  disediakan  khas  untuk  pesakit  di dalam  wad.  Pintu  bilik  air  ditutup  serapat-rapatnya  lantas  pili  air  dibuka.  Aku  menekup  mulut.  Tangisan  yang  ditahan-tahan  akhirnya  terhambur  keluar.  Namun  esakan  halusku  tidak  kedengaran  kerana  tenggelam  dek  derusan  air  yang  laju  berlari-lari  keluar  dari  pili  air.  Sengaja  aku  buat  begitu.  Biar hanya  aku  yang  tahu  betapa  aku  tidak  sanggup  melihat  keadaan  abang  begitu.  Aku  rela  menggantikan  tempat  abang.  Biar  aku  yang  menanggung  semua  sakit  dan  derita  itu.  Aku  mengangkat  wajah  dan  melihat  pantulan  imej  diriku  di  dalam  cermin.  Ah!  Aku  harus  kuat!  Kuat  demi  abang.  Demi  mama.  Air  mataku  disapu  perlahan  dan  aku  cuba  memaniskan  muka.  Sepasang  mata  yang  baru  sahaja  bertakung  sekolam  air  mata  kembali  bersinar  penuh  harapan.  Harapan  setinggi  langit  ke  tujuh. Harapan  agar  kesihatan  abang  dikembalikan.  Harapan  agar  secebis  semangat  yang  masih  ada  tetap  utuh  dan  tetap  setia  menghuni  jiwa  ini.  Ya  Allah,  sesungguhnya  hanya  Engkau  yang  Maha  Mengetahui segalanya.  Kembalikanlah  kesihatan  abang  secepat  mungkin.  Kembalikanlah  semula  sinar  yang  menghilang  dilitupi  awan  mendung  yang  sudah  sekian  lama  membelenggu  kami..

  Usai  membersihkan  bekas  muntah  abang.  Aku  kembali  ke  katil  45.  Katil  di  mana  terbaringnya  jasad  lemah  abang.  Sejurus  abang  menyedari  kehadiranku,  dia
tersenyum  kambing.  Aku  agak,  pasti  abang  hendakkan  sesuatu.  Hampir  meletus  ketawaku  melihatkan  senyuman  nakal  abang.  Kerenahnya  tidak  ubah  seperti  Harris,  sepupuku  yang  baru  berusia  setahun  jagung.

"Emi,  abang  nak  aiskrim"

"Eii  abang  ni  macam  budak  kecil  la"

"Ala  boleh  la..  Emi  kan  cantik,  comel,  baaaik,"  Puji  abang  sambil  mengembangkan  hidungnya  yang  tak  berapa  nak  mancung.  Abang  mempamerkan  riak  muka  meluat  lantas  tersenyum  lebar,  menampakkan  sebaris  giginya  yang  putih.

"Okey  okey  stop  it.  Tak  perlu  nak  bodek  bodek  la.  Demi  abang  tercinta  yang  malas  mandi ni,  jangankan  aiskrim.  Lori  aiskrim  pun  Emi  beli"

"Lori  tak  lori.  Abang  nak  makan  aiskrim,  bukan  nak  makan  lori.  Duit  ada  dalam  laci.  Kalau  Emi  nak  apa-apa  ambil  la  lebih  sikit"

"Okey  bos.  Menurut  perintah!"

  Aku  menuju  ke  laci di  sebelah  katil  abang  dan  mencapai  sekeping  not  berwarna  merah  lalu  bergegas  menuju  ke  lif  untuk  ke  kafeteria  yang  disediakan  di  Pusat  Perubatan  Universiti  Malaya (PPUM)  yang  terletak  di  tengah  kota  Petaling  Jaya.  Itu  lah  abang.  Satu-satunya  abang  yang  aku  sayang.  Abang  penghidap  kanser  tulang  tahap  ke  tiga  dan  sedang  menjalani  rawatan  kimoterapi.  Itu  lah  punca  abang  sering  muntah-muntah.  Rambut  abang  juga  sudah  mulai  gugur.  Itu  yang  membuatkan  aku  sayu  kerana  sewaktu  dia  masih  sihat  dulu,  dia  terlalu  sayangkan  rambut  lebat  belah  tengahnya.  Acapkali  mama  juga  membebel kerana rambut  yang  sudah  layak  dijadikan  mop  itu  namun  dia  masih  berkeras  bahawa  dia  lebih  kelihatan  kacak  dengan  rambut  sebegitu.  Kini,  aset  kebanggaannya  telah  tiada.  Rambut  abang  gugur  sehelai  demi  sehelai  di hadapan  mataku.  Tetapi  yang  menghairankan,  abang  tidak  sedikit  pun  berasa  sedih.  Abang  memang  seorang  yang  tabah.  Tidak  pernah  sekali pun  dia  mengeluh  atau  menangis  kerana  penyakitnya  walaupun  dia dan  kami  semua  telah  sedia  maklum,  harapannya  untuk  bertahan  dan  terus  hidup  hanya  60-40.  Dia  tetap  tersenyum  di  dalam  duka  dan  tertawa  di  dalam  tangisan. Telatah  abang  sering  menghiburkan hari hari  kami  sekeluarga.  Itu  yang  membuatkan  kami  amat  terkesan  apabila  doktor  mengesahkan  abang  menghidap  kanser.  Kanser  adalah  penyakit  yang  jarang-jarang  dapat  diubati.  Ramai  yang  telah  terkorban  kerana  kanser.  Namun  kami  tetap  tidak  putus  harapan  dan  memberikan  yang  terbaik  untuk  abang  agar  abang  pulih  semula.  Walaupun  soal  wang  ringgit  acapkali  menjadi  masalah  untuk  meneruskan  rawatan  abang,  namun  perihal  itu  tidak  akan  sesekali  menjadi  batu  penghalang  buat  kami  tetap  terus  berikhtiar  memulihkan  abang.  Kami  yakin,  pertolongan  Allah  ada  dimana-mana.

  Puas  mengelamun,  sedar  atau  tidak  aku  telah  pun  sampai  ke  kafeteria  yang  terletak  di  Menara  Timur.  Aku  memasuki  kedai  runcit  4U2SHOP  dan  menuju  ke  peti  aiskrim.  Aku  tersenyum  girang  kerana  aiskrim  kegemaran  abang  masih  ada.  Aku  mengambil  dua  aiskrim  dan  membayar  di kaunter.  Usai  sahaja  membayar,  terus  aku  bergegas  ke  wad  abang  semula.  Risau  juga  membiarkan  abang  sendirian.  Aku  mempercepatkan  langkah  kerana  dihantui  kerisauan.

  Tiba-tiba.. Gedebuk!!

"Oiii..! Cik  adik,  jalan  tu  tengok  la  kiri  kanan.  Kalau  nak  langgar  pun  langgar  la  dinding.  Jangan  langar  orang"  Jerkah  seorang pemuda.  Aku  mengangkat  muka  dan
meraba  dahiku  yang  berdenyut.

"Emm  maaf  encik  tuan  pakcik  abang  err  ah  ape  ape  jelah  saya  tak  tau  nak  panggil  ape,  saya  nak  cepat  ni.  Minta  maaf  banyak-banyak,  saya  tak  sengaja.  Kalau  saya  sengaja  saya  sodok  je  perut  encik  kuat-kuat  tadi."

"Eh  budak  ni.."

"Saya  nak  cepat,  saya  pergi  dulu!"

  Aku  berlari  menuju  ke  lif  kerana  orang  ramai  mula  mengerumuni  kami.  Kalau  aku  boleh  bertukar  jadi  apa  saja,  aku  sanggup  bertukar  jadi  pasu  bunga  ke,  tong
sampah  ke.  Malu  bukan  kepalang.  Kerana  abang,  tak  pasal-pasal  kena  sound  dengan  mamat  poyo  tu  tadi.  Janganlah  aku  jumpa  lagi  mamat  tu  lepas  ni.  Muka  dia
tadi  pun  dah  merah  padam  macam  nak  belasah  orang.  Padahal  bukan  aku  sengaja.  Aku  bermonolog  sendiri  untuk  menutup  rasa  bersalah  kerana  melanggar  pemuda  itu  tadi  malah  bercakap  dengan  kurang  sopan  walhal  sebenarnya  aku  yang  terang-terangan  bersalah.

 "Ting!"  Aku  telah  sampai  ke  wad  9U,  wad  yang  menempatkan  abang.  Derap  kakiku  kedengaran  memandangkan  waktu  melawat  telah  tamat.  Kaki  lima  wad  yang  biasanya  hingar-bingar  dengan  suara  pelawat  lengang.  Hanya  tinggal jururawat,  pesakit,  staf  hospital  dan  waris  pesakit.  Sejurus  aku  masuk  ke  bilik  abang,  jantungku  berdegup  kencang.  Abang  tiada  di  katil.  Hanya  kelihatan  selimut  yang  bergumpal  dan  komputer  riba  milik  abang.  Mustahil  abang  boleh  bangun  sendiri,  kaki  abang  baru  hendak  pulih  dari  pembedahan  dua  minggu  lalu.  Lantas  aku  mengerling  ke  arah  bilik  air.  Pintu  bilik  air  tertutup.  Aku  menarik  nafas  lega  dan  mendekati  bilik  air  itu.

"Abaaaang,  abang  kat  dalam ke?"

"Ni  Aaron  Aziz  la.  Kalau  ye  pun  nak  autograf  tunggu  la  kejap  oi.  Tengah  buang  saham"  Laung  abang  dari  dalam  bilik  air.  Ketawaku  meletus.
Jururawat  yang  berada  berhampiran  turut  tertawa  dek  kerenah  abang.  Abang  memang  disenangi  oleh  jururawat  dan  doktor  di  situ
kerana  perangainya  yang  suka  bergurau  dan  peramah  atau  bahasa  kasarnya,  tak  tahu  malu.

"Habis  tu  macam  mana  abang  pergi  bilik  air  ni?  Siapa  tolong  tolak  kerusi  roda?"

"Haa  itu  la  nak  cerita  tu.  Tadi  ada  nurse  cun  tolak wheel  chair  abang ooo.  Ingat  nak  mintak  dia  tolong  cebokkan  tadi  tup  tup  dah  lesap"

"Eii  abang  ni  pengotor la!!"

Aku  tertawa.  Memang  tak  kering  gusi  kalau  duduk  dengan  abang.  Ada  saja  loyar  buruknya. Menyedari  yang  aku  agak  terlewat  untuk  menunaikan  fardhu  asar,  aku
meninggalkan  pesan  kepada  abang  untuk  ke  surau.  Aku  meletakkan  aiskrim  di  atas  almari  kecil  sebelah  katil.  Setelah  memaklumkan  abang  yang  aku  hendak  ke
surau,  aku  mencapai  beg  kertas  berisi  telekung  dan  sejadah  lalu  bergegas  ke  lif.

......................................

 "Hai  cik  adik"

 Aku  mengangkat  muka.

"Eh  awak  lagi?!  Nak  apa  lagi?  Nak  saya  bawa  pampasan  pasal  terlanggar  perut  buncit  awak  tu?"  Aku  geram  melihat  pemuda  yang  baru  aku  langgar  setengah  jam
yang  lepas  dihadapan  lif,  menghalang  laluanku.

"Eh  budak  ni,  rabun  ke  apa.  Tough  ni.  Ni  ada  orang  tercicir  handphone  dia.  Awak  nak  tolong  saya  cari  tak  tuan  handphone  ni?  Tapi  kan  kalau  saya  bagi  je  kat
makcik  cleaner  pun  okey  jugak.  Kesian  dia.  Dia  pun  nak  jugak  merasa  pakai  handphone  mahal-mahal"  Aku  tersentak.  Segera  aku  meraba  poket.  Ah!  Memang
handphone  di  tangan  mamat  tu  handphone  aku!

"Oi  pakcik  kasi  la  balik!  Muka  skema-skema  itik  ada  hati  nak  buli  orang!  Eiiii"  Aku  terlompat-lompat  kecil  untuk  mencapai  handphone  di tangan  pemuda  itu.
Tanpa  disedari,  pertelingkahan  kami  disedari  orang  sekeliling.  Ada  yang  tertawa kecil, ada  yang  menunjukkan  reaksi  kurang  senang  dan  ada  juga  yang  seakan-akan
tidak  berpijak  di  bumi  yang  nyata.

"Hahahaha  kelakar  la  lompat-lompat  macam  ni.  Macam  labi-labi.  Adoiiiiiiiii"

  Spontan  aku  menghadiahkan  penendang  sulungku  tepat  di  kaki  nya.  Padan  muka.  Ingat  senang-senang  nak  buli  aku?  Mungkin  aku  tiada  tali  pinggang  hitam  tapi
selalu  juga  aku  tolong  opah  menghambat  ayam-ayam  di  kampung  dulu.  Ayam-ayam  itu  la  yang  selalu  makan  penendang  aku  dulu.  Tanpa  rasa  bersalah,  aku  ketawa
besar  melihatkan  muka  pemuda  itu  semakin  kemerah-merahan.

"Hidup  ni  tak  baik  amalkan  diskriminasi  terhadap  kaum  wanita.  Sia-sia  je  kerajaan  buat  kempen  budi  bahasa  budaya  kita  kalau  rakyat  Malaysia  ni  semua  perangai
macam  awak"  Bebelku  panjang.  Aku  tersenyum  puas  kerana  berjaya  merampas  handphoneku  kembali  lantas  meninggalkan  pemuda  itu  terpinga-pinga.  Ahh  aku
dah  lambat  nak  menunaikan  tanggungjawab  sebagai  seorang  muslim.  Dari  aku  mengadap  muka  dia  baik  aku  mengadap  Tuhan  aku.  Aku  bergegas  menuju  ke  lif  tanpa
menyedari  bahawa  pemuda  itu  tersenyum.  Tersenyum  bahagia.

..........................

  Usai  menunaikan  solat,  aku  terus  menuju  ke  katil  abang.  Risau  pula  takut  terjadi  apa-apa.  Layar  fikiranku  mula  memaparkan  perkara  bukan-bukan.  Lantas  aku  cepat-
cepat  menggelengkan  kepala.  Aku  mempercepatkan  langkahku.

Aku  menarik  nafas  lega  sesampainya  aku  di  wad  abang.  Ku  lihat  abang  sedang  memegang  tablet  kesayangannya.  Bak  kata  abang,  bini  nombor  dua.

"Lama  nya  solat.  Pergi  solat  ke  buat  masjid?"  Perli  abang  sambil  tersengih.  Dah  rupa  kerang  busuk  dah  aku  tengok.

"Ish  apa  abang  ni.  Panjang  cerita dia.."

"Pendek  kan"

"Okay...  Hmm  macam  ni.  Tadi  kan  emi  pergi  cafe.  Pastu  emi  terlanggar  orang.  Masa  terlanggar  tu,  emi  tak  perasan  handphone  emi  tercicir.  Pastu  orang  tu  kutip  la.
Agaknya  dia  nak  pulangkan  balik  kot.  Then  masa  emi  nak  pergi  surau  tadi  emi  terlanggar  orang  yang  sama  lagi.  And  guess what,  dia  tayang-tayang  handphone
emi  tapi  tak  nak  bagi.  Bengang  gila  kot.  Pastu  emi  pun  sedekah  la  penendang  kat  kaki  dia."

"Haaaaaaaaaa?  Ya  Allah  adik  aku,  tak  habis-habis  dengan  perangai  jantan  dia"

"Tapi  muka  dia  macam  mintak  penendang  emi.  Emi  pun  tanpa  rasa  segan  silu  bagi  je  la."  Mula  terbit  rasa  bersalah  di  sudut  hatiku  kerana  menendang  pemuda  itu
tadi  tanpa  sebab  yang  kukuh.

"Hmm  ye  lah  emi..  Nanti  kalau  jumpa  dia  lagi  lain  kali,  minta  maaf  okey?  Tak  baik  pukul-pukul  orang.  Emi  kan  perempuan,  islam.  Kena  jaga  adab.  Abang  tak  marah,
cuma  abang  nak  emi  jaga  kehormatan  dan  kemuliaan  seorang  perempuan  islam.  Tambahan  lagi  Emi  bertudung.  Perempuan  bertudung  kalau  sepak  kaki orang  tu
nampak  elok  ke?  Abang  rasa  macam  tak  senonoh  je.." Leter  abang  panjang,  sepanjang  jambatan  Pulau  Pinang.

  Aku  mempamerkan  muka  bosan.  Abang  memang  begitu,  dalam  loyar  buruknya,  dia  tetap  kurang  senang  dengan  sikap  hentam  kromo  aku.  Entahlah,  mungkin  aku
bukan  seorang  wanita  muslim  yang  baik  tapi  tak  bermakna  aku  tak  boleh  berubah.  Mungkin  bukan  masanya  lagi.  Aku  sendiri  merasakan  yang  aku  masih  belum
matang.  Agak  berat  rasanya  mahu  merubah  diriku  secara  total  menjadi  wanita  yang  berperikebadian  muslimah  sejati,  cewah....  Sungguh,  aku  lebih  selesa  berperwatakan  begini.

"Dah  tak  payah  buat  muncung  itik  serati  tu  depan  abang,  tak  menarik  langsung.  Merosakkan  pandangan  awam  je.  Abang  baru  nak  feeling  ustaz  azhar  idrus  sikit  bagi
ceramah  awam  tak  berbayar  pun  tak  boleh.  Tak  rock  la  emi  ni.  Eh  sebelum  abang  terlupa,  tolong  panggilkan  doktor  jap  kat  kaunter  depan  tu.  Nama  doktor  tu  Doktor
Hana", perintah  abang.

"Kalau  doktor  lain  tak  boleh  ke?"

"No,  abang  nak  jumpa  dia  jugak.  Now"

  Aku  mempamerkan  wajah  kehairanan.  Kenapa  mesti  Doktor Hana?  Kenapa  tak  boleh  doktor  lain  pulak?  Takkan  la  abang  nak  dating  pulak  dengan  Doktor  Hana.
Doktor  Hana  bukannya  taste  abang,  dah  tua  berkedut.  Dah  layak  dipanggil  mak cik  Hana  dah  pun!  Hish...

  Melihatkan  wajah  serius  abang,  aku  terus  menurut  tanpa  membantah  lagi.  Mungkin  ada  perkara  mustahak  yang  nak  dibincangkan.  Aku  menyusun  langkah  keluar  dan
menuju  ke  kaunter.  Mujur  Doktor  Hana  ada  disitu,  seperti  kebiasaanya.  Dia  kelihatan  leka  meneliti  fail-fail  pesakit  dan  sesekali  berbincang  dengan  pasukannya.  Mungkin
berkaitan  dengan  kes-kes  yang  sedang  dikendalikan.  Ahhh...  Sejak  bila  pulak  lah  aku  suka  jaga  tepi  kain  orang  ni.

  Setelah  berjaya  mendapat  perhatiannya, aku  terus  memaklumkan  tentang  permintaan  abang,  lalu  beliau  mengangguk  tanda  faham.

"Oh,  Shafiq  nak  serahkan  borang  ye?  Okey  kejap  eh"

"Borang?  Borang apa?"

  Ku  lihat  riak  wajah  Doktor  Hana berubah.  Kulit  putihnya  merona  kemerahan.  Anak  matanya  liar  memandang  ke  arah  ruang  legar,  seakan-akan  memikirkan  sesuatu.
Wajahnya  menampakkan  reaksi  gelisah.

"Oh  haa  borang  pasal  jumlah  air  yang  dia  dah  minum  hari  ni.  Saya  nak  check.  Risau  pulak  kalau  kurang  air  nanti  pengsan  pulak  patient  kesayangan  saya  tu
hahahahaha"

  Gelak  tawanya  palsu.  Seperti  sedang  menyembunyikan  sesuatu.  Aku  musykil  namun  aku  mengangguk  faham.  Entah  lah,  ketika  itu  aku  tak  berminat  nak  ambil  tahu.
Dan  itu  lah  kesilapan  aku  yang  paling  aku  sesali,  hingga  ke  hari  ini..

  "Okey  jom  lah  kita  pergi.  Tak  boleh  tinggal  Shafiq  tu  lama-lama.  Keadaan  dia  masih  belum  stabil"  Terang  beliau  dalam  nada  serius.  Kami  berjalan  beriringan  menuju
ke  wad  abang.

  Sesampainya  kami  ke  wad  abang,  ku  lihat  abang  memegang  sekeping  borang  yang  lengkap  diisi  butiran.

"Emi,  tolong  belikan  nasi ayam  favourite  abang  tu  dengan  milo  ais  sekali  eh.  Teringin  la  nak  makan"

"Alaa  Emi  baru  je  turun  cafe  tadi"  aku  merungut.  Kafeteria  yang  disediakan  agak  jauh,  membuatkan  aku  sedikit keberatan.

"Please  Emi..."  abang  mendesak.  Selalunya  tak  pulak  macam ni.

"Okey la..  Nak  pergi  la  ni"

  Wajahnya  serius.  Mulutnya  terkunci,  tidak  seperti  sedia  kala.  Tiada  gurauan,  tiada  gelak  tawa  yang  menggembirakan  hati.  Situasi  itu  sungguh  tidak  menyenangkan  aku.
Abang  tertunduk  seraya  memalingkan  muka  ke  arah  tingkap,  menjamu  pemandangan  luar.

  "Kenapa  abang?  Ada apa-apa  yang  Emi  tak  tahu  ke..."  Aku  bermonolog  sendiri.

  Sejurus  aku  melangkah  keluar,  pintu  bilik  terus  ditutup.  Fikiranku  dihinggapi  beribu  persoalan.  Ada  apa  yang  penting  sangat  nak  bincang  sampai  kena  tutup  pintu?
Takkan  la  nak  bincang  pasal  borang  minum  air  pun  tutup  pintu.  Hish....  Mengundang  kemusykilan....

  Usai  membeli  makanan  yang  dipinta  abang,  aku  berjalan  menuju  ke  wad.  Aku  mendengar  kekecohan  di  wad  berdekatan  abang  dari  luar,  mungkin  ada  pesakit  yang
kritikal,  seperti  kebiasaannya.  Aku  mempercepatkan  langkah  untuk  menyaksikan  sendiri  apa  yang  berlaku.

  Tiba-tiba  sebuah  katil  dikerumuni  doktor  yang  sedaya  upaya  memberikan  bantuan  kecemasan  kepada  pesakit  yang  terbaring  tidak  sedarkan  diri dan  ditolak  oleh
beberapa  orang  jururawat  meluncur  laju,  hampir  melanggar  aku.  Jantungku  seakan  terhenti,  dunia  seakan  berhenti  berputar.  Aku  melepaskan  bungkusan  makanan  yang
dipegang.  Air  milo  kesukaan  abang  tumpah  membasahi  lantai.  Aku  terduduk  lemah.  Air  mata  memenuhi  kelopak  mataku  dan  laju  jatuh  membasahi  pipi.  Abang...
Abang  yang  terbaring  tidak  sedarkan  diri  di  atas  katil  itu.  Doktor  Hana  muncul..  Ku  lihat  anak  matanya  kemerah-merahan  dan  pipinya  basah.  Menangiskah  dia?  Dia
menghampiriku  dan  memelukku.  Aku  menekapkan  muka  dan  menangis  hiba.  Ya  Tuhan,  aku  tak  rela.  Jangan  Kau  ambil  dia  sekarang..  Aku  masih  memerlukan  kasih
sayang  seorang  abang.  Baru  21  tahun  aku  berkesempatan  hidup  dengan  abang.  Aku  masih  perlukan  dia..  Bertahanlah  abang,  untuk  Emi!

  Doktor  Hana  memimpinku  menuju  ke  wad  kecemasan.  Aku  berjalan  lemah.  Fikiranku  sarat  membayangkan  beribu  kemungkinan.  Aku  membisu  seribu  bahasa.  Doktor
Hana  juga  lebih  selesa  mengunci  mulut.  Barangkali  dia  juga  kehilangan  kata-kata  untuk  diberikan  kepada  seorang  adik  yang  takut  kehilangan  abang  tersayang.  Dia
bukan  seorang  motivator  jauh  sekali  seorang  sasterawan,  dia  hanya  seorang  doktor.  Tugasnya  merawat  orang.  Bukan  berkata-kata,  bukan  juga  memujuk  hati
orang  yang  bakal  menghadapi  berita  kematian.  Apa  lagi  yang  boleh  dikatakan  selain  sabar,  redha,  berdoa?

  Dia  meninggalkan  aku  diluar  bilik  kecemasan  manakala  dia  membantu  pasukannya  menyelamatkan  abang.  Tidak  lama  selepas  itu,  kelihatan  keluargaku  berlari-lari
menuju  ke  arahku.  Mama  menangis.  Kakak  menangis.  Adik-adikku  menangis.  Abah?  Air  mukanya  saja  sudah  cukup  menjelaskan  segalanya.  Air  muka  yang  cukup
meruntun  hatiku.  Air  muka  tidak  sanggup  kehilangan  anak  jantan  sulungnya.  Air  muka  tidak  rela  melepaskan  permata  hatinya  pergi..

  Ahh!!  Aku  tak  sanggup!!  Aku  tak  sampai  hati  melihat  situasi  sebegini.  Insan-insan  yang  aku  sayangi  sedang  berduka..  Abang  masih  ada  peluang  lagi!  Abang  belum
matilah!!  Hatiku  membentak  dalam  kesedihan.  Sungguh,  aku  tak  mampu..  Ya Tuhan,  berikan  kekuatan  di  dalam  hati-hati  kami  agar  kami  redha  menghadapai  segala
ujianmu...

.........................


  Aku  terbangun  kerana  terkejut  akan  tolakan  kasar  pada  pintu  bilik  kecemasan.  Aku  terpisat-pisat  bangun  dan  melihat  jam.  8.00 malam..  2  jam  abang  bertarung  nyawa.
Melihatkan  kelibat  Doktor  Hana  yang  keluar  dari  bilik  itu,  aku  tergopoh-gopoh  bangun  mendapatkannya  dan  bertanyakan  keadaan  abang.  Dia  enggan  menjawab
pertanyaanku  yang  bertalu-talu  menghinggap  gegendang  telinganya  namun  dia  segera  mendapatkan  abah  dan  mama.  Mama  dan  abah  mengekori  langkah  Doktor  Hana
menuju  ke  sebuah  bilik  kecil.  Sejurus  mereka  menapak  masuk,  pintu  ditutup  dan  dikunci.  Aku  menyepak  dinding  tanda  geram.  Aku  berhak  tahu  keadaan  abang!  Kakak
segera  mendapatkan  aku  yang  dilihat  semakin  hilang  kewarasan.

"Emi..  Akak  faham.  Sekarang  kita  semua  tengah  risau..  Akak,  daniel,  atira,  abah,  mama  pun  sayangkan  abang  macam  mana  emi  sayangkan  abang.  Tapi  kita  kan
kakak,  kita  kena  kuat.  Kesian  atira  dan  daniel.  Diorang  kecil  lagi.  Kalau  kita  terlalu  ikutkan  perasaan,  diorang  macam  mana?  Ini  semua  ketetapan  Allah..  Kalau  Allah
lebih  sayangkan  dia,  kita  kena  redha.  Abang  hanya  pinjaman.  Kalau  bukan  sekarang,  dia  akan  tetap  tinggalkan  kita..  Allah  itu  Maha  Penyayang,  Dia  takkan  berikan
dugaan itu  jika  Dia  tahu  hambanya  tak  dapat  tempuhi.."  Kakak  berbisik  perlahan,  cuba  menenangkan  aku.  Bergenang  air  matanya  ketika  cuba  menenangkan  aku
walaupun  pada  hakikatnya  dia  sendiri  juga  tidak  pasti  dapatkah  dia  menerima  hakikat  kehilangan  satu-satunya  abang  buat  selamanya..  Betapa  kuatnya  hati  kakak.
Sedikit  sebanyak  hatiku  mula  diruntun  perasaan  bersalah..

  Aku  terlalu  mengikut  perasaan.  Bukankah  seorang  muslim  harus  bersabar  dengan  setiap  ujian  yang  mendatang?  Terlalu  mudah  aku  dikalahkan  dengan  hasutan  syaitan.  Ampunkan  aku  Ya  Allah..  Aku  telah  jauh  tersasar.  Maafkan  Emi,  kak.

  Aku  mengambil  tempat  duduk  di  sebelah  adik-adikku.  Ku  lihat  wajah  mereka  sembab.  Kasihan  mereka..  Mereka  masih  terlalu  kecil  untuk  menghadapi  kenyataan  yang
mereka  bakal  kehilangan  seorang  abang.  Hanya  Allah  yang  Maha  Mengetahui  segala  yang  tersurat  dan  tersirat.  Moga  kami  sekeluarga  akan  menemui  cahaya  disebalik
awan  hitam  yang  telah  membelenggu  kami..  Aku  memeluk  adikku  yang  paling  bongsu,  Atira.  Segala  kasih  dan  sayang  dicurahkan.  Hatiku  berharap  agar  aku  akan
menemui  sedikit  ketenangan.

  Mama  dan  abah  serta  Doktor  Hana  keluar  dari  bilik  kecil  itu.  Mereka  hanya  diam.  Langsung  tidak  menoleh..  Pandangan  hanya  tertumpu  pada  lantai.  Kelibat  susuk
tubuh  Doktor  Hana  hilang  dari  pandangan  mata.  Abah  mendekati  kami  manakala  mama  tersandar  lemah  di  dinding.  Semangatnya  direnggut  pergi.  Wajahnya
menggambarkan  seribu  satu  keperitan,  seakan-akan  tidak  tertanggung  lagi  kedukaan  di  hati.  Air  mataku  jatuh  lagi,  melihatkan  bonda  tersayang  dalam  keadaan  sebegitu.
Aku  tak  tergamak  melihat  mama  begitu.  Mama  yang  cukup  tabah  selama  ini  menjadi  selemah-lemah  insan.  Apa  yang  dibincangkan  sehingga  mama  berubah  menjadi  sebegitu  rupa?

"Abah  sayang  anak-anak  abah..  Abah  tak  akan  minta  banyak.  Cuma  satu  abah  nak  minta.  Dengar  elok-elok  apa  yang  abah  nak  cakap  ni.  Tolong  jangan  menangis  lagi.  Sedih  abang  nanti.." Abah  terdiam  seketika.  Cuba  mengumpulkan  semangat  dan  segala  kekuatan  untuk  meneruskan  kata-katanya.  Mata  abah  kemerahan.  Begitu  payah  sekali, namun  akhirnya  keluar  juga  dari  anak  tekaknya.

"Abang  dah  pergi  tinggalkan  kita,  pukul  7.56  petang  tadi.."  Abah  meraup  wajahnya.  Kesedihan  yang  ditahan-tahan  sudah  tidak  tertanggung  lagi.  Akhirnya,  dia  sendiri
menitiskan  air  mata.

  Kami  bertiga  berpelukan.  Sedih.  Perit.  Pemergian  abang  cukup  meninggalkan  kesan  buat  kami  malah  buat  abah,  lelaki  yang  paling  aku  kagumi.  Segala  memori
bersama  abang  berputar  ligat  dalam  fikiranku.  Baru  tadi  aku  bergurau  senda  dengan  abang.  Baru  tadi..  Ya  Tuhan,  benarkah  abang  telah  pergi?  Jika  aku  bermimpi,
tolong  kejutkan  aku  dari  mimpi  ngeri  ini...

  Abah  melepaskan  pelukan  kami  perlahan-lahan.  Dia  mengerling  ke  arah  dua  orang  lagi  permata  hatinya  yang  sedang  nyenyak  tidur,  mungkin  penat  menangis.

"Yang  pergi  biarlah  pergi..  Kita  doakan  agar  arwah  ditempatkan  dikalangan  kekasih-kekasih  Allah..  Dah  cukup  lama  dia  menderita,  sekarang  dia  dah  tak  sakit  lagi.  Dah
tak  perlu  muntah-muntah,  tak  perlu  chemo..  Dia  dah  kembali  ke  penciptanya.  Tak  lama  lagi  akan  tiba  juga  giliran  kita.  Yang  masih  ada  ni  abah  akan  jaga  sebaik  mungkin.  Abah  sayang  anak-anak  abah.  Abah  sayang  abang.  Biarpun  dia  dah  pergi,  abang  masih  lagi  anak....ab..anak abaaah.."  Abah  semakin  sebak.  Dia  sudah  tidak  mampu  berbicara.

  Sebuah  lagi  katil  ditolak  masuk  ke  dalam  bilik  pembedahan,  bilik  yang  sama  menempatkan  jenazah  abang.  Sempat  aku  mengerling  ke  arah  pesakit  yang  terbaring  di  atas  katil  itu.  Haaaa??  Mamat  tu??  Tak  mungkin  lah!  Aku  menggosok-gosok  mata  dengan  kasar.  Masih  wajah  yang  sama.  Namun  wajah  itu  lesu,  tidak  sedarkan  diri.  Ah  aku tak faham!


"Nampak  lelaki  tu?"

"Nampak,  kenapa  bah?  Kenapa  dia  masuk  dalam  bilik  abang?  Siapa  orang  tu?"  Soalku  bertalu-talu,  cuba  mendapatkan  jawapan  bagi  setiap  persoalan  yang  hadir  di  benakku.

"Dia  lah  orang  yang  akan  menerima  jantung  abang..  Abang  dah  setuju  untuk  dermakan  jantung  dia  selepas  dia  meninggal.  Dia  dah  tahu  dia  akan  pergi,  jadi  dia  dah  siapkan  semuanya  dengan  Doktor  Hana.  Emi  ambil  surat  ni,  baca.  Abang  ada  tinggalkan  sesuatu  untuk  Emi.."  Abah  meraup  wajahnya  kembali.  Kekuatannya  telah  tiada. Wajahnya  dibiarkan  terdedah,  menampakkan  air  mata  yang  laju  mengalir  tanpa  segan  silu  lagi.

"Tapi  abah...  Emi  tak  faham...."  Aku  semakin  keliru.  Permainan  apakah  yang  abang  cuba  lakukan?

  Abah  mengerling  ke  arah  surat  yang  telah  pun  berada  di  tanganku.  Aku  mengoyakkan  sampulnya  rakus.  Cukuplah.  Segala  persoalan  tersimpul  membentuk  satu  ikatan  yang  amat  rumit.  Mungkin  aku  akan  menemui  jawapan  pada  warkah  terakhir  abang.

  Air  mataku  jatuh  lagi,  melihatkan  harta  peninggalan  terakhir  abang.  Tulisan  terakhir  hasil  tangan  abang  yang  seakan-akan  tahu  ajal  akan  menjemputnya  tidak  lama  lagi.





Assalamualaikum  emi,  adik  abang  yang  abang  sayang.  Adik  abang  dunia  akhirat.

Well,  macam  yang  emi  tahu,  bila  sampai  je  surat  ni  kat  tangan  emi,  abang  memang  dah  takde  kat  dunia  ni  lagi.  Bukan  niat  abang  nak  tinggalkan  adik-adik  abang,  tinggalkan  mama  dan  abah  yang  sangat  abang  sayang.  Maafkan  abang  kalau  abang  buat  semua  orang  sedih.  Percayalah,  kita  akan  berjumpa  lagi di sana kelak.  Di  alam  yang  kekal  abadi.  Di  alam  sana,  kita  tak  perlu  lagi  berpisah.  Kita  semua  akan  berbahagia  buat  selama-lamanya.  Ketika  tiba  saat  perpisahan,  janganlah  kalian  berduka,  kerana  apa  yang  agung  terlihat  dari  kejauhan.  Seperti  gunung  yang  terlihat  agung  dari  dataran.

Emi  ingat  lagi  orang  yang  emi  langgar  tu?  Orang  tu  datang  wad  abang  cari  Emi,  nak  pulangkan  handphone  Emi.  Lelaki  yang  Emi  sepak  tu  menghidap  sakit  penyakit  jantung  berlubang,  dia  perlukan  jantung  baru.  Abang  bersetuju  nak  dermakan  jantung  abang  pada  dia.  Lagipun  hayat  abang  bukannya  lama  lagi.  Dia  dah  janji  dengan  abang  dia  nak  jaga  Emi,  nak  jaga  keluarga  kita  elok-elok.  Lepas  dia  operation  nanti  Emi  layan  dia  elok-elok okey?  Jangan  marahkan  dia  sebab  ambil  jantung  abang.  Bukan  dia  yang  paksa  bagi,  memang  abang yang  nak  bagi  pada  dia.  Abang  nak  Emi  and  semua  orang  ingat,  jantung  yang  berdegup  dalam  badan  Amirul  tu  jantung  abang.  Walaupun  jasad  abang  hancur  dimamah  bumi,  masih  ada  sesuatu  yang  abang  tinggalkan  buat  semua.  Abang  tinggalkan  jantung  abang.  Abang  masih  hidup  dalam  diri  Amirul.  Kalian  semua  jangan  bersedih, okey?  Abang  tak  suka lah...

Abang  nak  bocorkan  satu  rahsia  ni..  Kalau  Emi  nak  tau,  Amirul  dah  jatuh  cinta  pandang  pertama  kat  Emi hahahahaha.  Bagitau dia,  jangan  marah  abang  bocorkan  rahsia  dia.  Siapa  suruh  dia  bagitahu  abang.  Silap  besarlah  abang  nak  simpan  rahsia  orang.

Okey  lah,  sampai  sini  dulu.  Semoga  kita  berjumpa  lagi  di  sana..  Ingat,  jangan  sedih..  Abang  sentiasa  ada,  cuma  kalian  semua  tak  nampak.  Jangan  abaikan  tanggungjawab  sebagai  seorang  muslim.  Semoga  kita  semua  ditempatkan  dikalangan  para  muhajidin  islam  yang  sejati,  amin.

Salam  sayang,  abang  syafiq  yang  kacak  bergaya.




  Warkah  terakhirnya  cukup  menggamit  hati  kecilku.  Dia  masih  mampu  bergurau,  membuat  kami  ketawa  kecil  walaupun  dia  sudah  tiada.  Ahhh  abang,  Emi  sayang  abang!

  Rengekan  Ain  menyedarkanku  dari  lamunan  yang  amat  panjang..  Kelihatan  Amirul  tersenyum  dengan  senyuman  mengejek.  Aku  teringatkan  abang.  Dia  telah  pergi  meninggalkan  aku  selama  hampir  5  tahun.  Kini,  aku  telah  menjadi  isteri  Amirul  yang  sah  dan  dikurniakan  seorang  puteri,  Ain.  Ya,  jantung  milik  abang  masih  berdegup  di  dalam  jasad  Amirul.  Sungguhpun  abang  telah  lama  pergi,  aku  terasa  begitu  dekat  dengan  abang.  Keluargaku  pula  menganggap  Amirul  seperti  pengganti  abang.  Inilah  ketentuan  Illahi..  Qada'  dan  qadar  yang  telah  ditetapkan  buat  kami  sekeluarga.  Kami bahagia  di  samping  pengganti  abang,  Amirul.

  Ya  Tuhan,  cucurilah  rahmat  ke  atas  arwah  abang  kesayanganku.  Tempatkan  lah  dia  di  kalangan  kekasih-kekasihMu.  Sesungguhnya  kasih  kami  sekeluarga  terhadap  arwah  tidak  pernah  padam.  Terima  kasih  ya  Allah  kerana  meminjamkan  kami  sekeluarga  Muhammad  Shafiq  Irwan Bin  Mokhtar.  Walau  kami  memiliki  Amirul  sebagai pengganti,  namun  tiada  seorang  pun  yang  dapat  mengembalikan  semua  sinar  kebahagiaan  yang  diberikan  oleh  arwah  buat  kami..

Al-Fatihah..

Muhammad  Shafiq  Irwan Bin Mokhtar, 10  April  1991  -  30  April  2012.  Semoga  Allah  mencucuri  rahmat  ke  atas  arwah.

Truly, Amiee


Older Post
The Disclaimer

Amieeeeeee.
Seventeen.
Terengganu - Selangor.
Twitter : @elamieeoii

p/s: Kalau awak kaki sentap, sila silalah tekan button x :D




Navigations!

Diary


Let's Talk!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : UR NAME

Best View at GOOGLE CHROME!